Friday, November 18, 2016

Perbezaan Rumah Projek Baru ,Subsale dan Lelong Malaysia

Rumah Projek Baru (Undercon),Subsale dan Lelong Malaysia


Projek Rumah Baru 2016
Rumah Projek Baru @ Underconstruction ialah:
  • Rumah yang baru nak dibina oleh pemaju dan belum pernah diduduki.
  • Rumah projek baru atau dikenali sebagai underconstruction atau undercon sahaja.
  • Booking deposit yang rendah dan banyak pakej istimewa diberi oleh pemaju.  
Beli Rumah Sub Sale

Rumah Projek Baru ,Subsale dan Lelong Malaysia Rumah Subsale @ Second ialah:
  • Rumah Subsale atau rumah second yang sudah dibina dan diduduki untuk dijual semula.
  • Rumah Subsale banyak di pasaran kini
  • Pembeli boleh memilih rumah subsale berdasarkan lokasi,fizikal rumah yang memenuhi citarasa sudah di renovate atau ingin rumah basic unit ,kejiranan 
  • Harga jual rumah subsale kini lebih rendah dari harga market value
  • Pembeli ada banyak pilihan sekarang kerana adalah "buyer's market" iaitu supply rumah lebih banyak berbanding permintaan (demand) pembeli.
  • Pembeli boleh memilih lokasi rumah subsale berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah,akses highway,bank,restoran dan lain2 
  • Memerlukan deposit sebanyak 10% dari harga jual rumah dan anggaran 3%- 5% tambahan untuk kos guaman (perjanjian jual beli /SPA/SNP) dan setem duti.


Rumah lelong Malaysia 2016

Rumah Lelong ialah:
  • Rumah yang telah siap dan pernah diduduki dan dijual dalam pasaran lelong kerana tuan rumah tidak mampu membayar bayaran bulanan bank seperti yang ditetapkan.
  • Rumah lelong atau dikenali sebagai  Auction House.
  • Harga rumah lelong jauh lebih murah 50% dari harga pasaran semasa .
  • Rumah lelong dibeli di mahkamah atau di iklan lelongan di surat khabar.
  • Rumah lelong boleh dilihat dan ditinjau dari luar rumah sahaja dan tidak boleh lihat ruang dalam .
  • Memerlukan deposit 10% untuk bayaran deposit untuk jadi pembida dalam lelongan awam
  • Setelah selesai membida,pembida perlu bayar baki pembelian rumah lelong dalam tempoh 90 hari atau duit booking akan hangus.
  • Untuk beli rumah lelong memerlukan ilmu dan tahu selok belok mengenai rumah lelong yang nak dibeli.

Apa tuan rumah perlu tahu sebelum lantik agen hartanah berdaftar?

Apa tuan rumah perlu tahu sebelum lantik agen?

  • Pastikan agen hartanah itu berlesen dan berdaftar sebelum dilantik untuk menjual rumah anda.
  • Dapatkan business card dan sahkan melalui agensi agen masih bekerja di agensi tersebut
  • Pastikan agen rumah tahu nilai pasaran semasa rumah yang hendak dijual
  • Persetujuan dalam pembayaran komisyen agen yang biasa 3% atau 3.18% termasuk GST.
  • Meminta agen menerangkan proses jual dan beli rumah dengan jelas 
  • Memastikan agen yang dilantik mengiklankan rumah anda di offline dan plaftorm online
  • Pastikan agen mempunyai network yang baik dengan peguam dan panel bank untuk memudahkan urusan jual dan beli
  • Pastikan agen rumah sudah memastikan pembeli yang mampu dan layak untuk beli rumah sebelum bawa viewing rumah
  • Pastikan harga jual rumah sama dengan agen yang dilantik dan minta persetujuan tuan rumah untuk kurangkan harga pada pembeli.


Thursday, November 17, 2016

Agen Hartanah

Jual  dan beli rumah mudah dengan khidmat agen berdaftar.


Antara kelebihan menggunakan khidmat agen rumah berdaftar:
  • Urusan jual dan beli sah di sisi undang-undang
  • Ejen hartanah berdaftar akan mempunyai nombor agensi yang bermula dengan VE atau E.
  • Mengikut prosedur agensi dan mempunyai dokumen bertulis yang sah 
  • Mudah ,cepat dan lebih teratur
  • Duit deposit terjamin selamat di dalam agensi Client's Account
  • Mempunyai network yang baik dengan firma guaman dan panel bank 
  • Mempunyai jaringan network agen hartanah yang ramai bantu untuk jual dan beli lebih cepat
  • Kos pengiklanan ditanggung oleh agen hartanah