Friday, November 18, 2016

Perbezaan Rumah Projek Baru ,Subsale dan Lelong Malaysia

Rumah Projek Baru (Undercon),Subsale dan Lelong Malaysia


Projek Rumah Baru 2016
Rumah Projek Baru @ Underconstruction ialah:
  • Rumah yang baru nak dibina oleh pemaju dan belum pernah diduduki.
  • Rumah projek baru atau dikenali sebagai underconstruction atau undercon sahaja.
  • Booking deposit yang rendah dan banyak pakej istimewa diberi oleh pemaju.  
Beli Rumah Sub Sale

Rumah Projek Baru ,Subsale dan Lelong Malaysia Rumah Subsale @ Second ialah:
  • Rumah Subsale atau rumah second yang sudah dibina dan diduduki untuk dijual semula.
  • Rumah Subsale banyak di pasaran kini
  • Pembeli boleh memilih rumah subsale berdasarkan lokasi,fizikal rumah yang memenuhi citarasa sudah di renovate atau ingin rumah basic unit ,kejiranan 
  • Harga jual rumah subsale kini lebih rendah dari harga market value
  • Pembeli ada banyak pilihan sekarang kerana adalah "buyer's market" iaitu supply rumah lebih banyak berbanding permintaan (demand) pembeli.
  • Pembeli boleh memilih lokasi rumah subsale berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah,akses highway,bank,restoran dan lain2 
  • Memerlukan deposit sebanyak 10% dari harga jual rumah dan anggaran 3%- 5% tambahan untuk kos guaman (perjanjian jual beli /SPA/SNP) dan setem duti.


Rumah lelong Malaysia 2016

Rumah Lelong ialah:
  • Rumah yang telah siap dan pernah diduduki dan dijual dalam pasaran lelong kerana tuan rumah tidak mampu membayar bayaran bulanan bank seperti yang ditetapkan.
  • Rumah lelong atau dikenali sebagai  Auction House.
  • Harga rumah lelong jauh lebih murah 50% dari harga pasaran semasa .
  • Rumah lelong dibeli di mahkamah atau di iklan lelongan di surat khabar.
  • Rumah lelong boleh dilihat dan ditinjau dari luar rumah sahaja dan tidak boleh lihat ruang dalam .
  • Memerlukan deposit 10% untuk bayaran deposit untuk jadi pembida dalam lelongan awam
  • Setelah selesai membida,pembida perlu bayar baki pembelian rumah lelong dalam tempoh 90 hari atau duit booking akan hangus.
  • Untuk beli rumah lelong memerlukan ilmu dan tahu selok belok mengenai rumah lelong yang nak dibeli.

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon